Actually aku menulis nie sebab aku nak ucap selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat seseorang...tapi aku xboleh msg die..aku da berjanji aku xkan msg die dah...someone yang tak pernah aku lupe..hari2 aku akn ingat die...tp mgkin aku sorg je la yang ingat..dia..jauh sekali...kwn2 aku pun suma da sound.."ko jgn kontek die da...kalo x, kitorg dpt kain free sorang satu"...
Neway..aku terbace post yang best drpd list of blogs yang aku bace..this one menarik perhatian aku...
".Surat untuk kekasih terangku.
Kalaulah dunia cinta ini semanis kurma, sudah tentu dunia aku dan engkau akan menjadi indah belaka. Nak tidur senyum. Nak bangun tidur pun, masih senyum lagi. Dalam kurungan, gila.
Kekasihku,
Sekiranya engkau sedang berkasih kasihan dengan seseorang, seeloknya jagalah tingkah laku.
Kekasihku,
Selepas engkau meinggalkan dunia beruk. Seeloknya mulalah berjinak jinak dengan dunia Islam kerana engkau adalah bakal pemimpin keluarga apabila kita berkahwin suatu hari nanti.
Kekasihku,
Dan apabila, cinta sudah mula mekar, janganlah pula engkau melakukan hubungan tersembunyi di belakang aku. Apatah lagi, hubungan antara sesama bekas. Janganlah pula engkau menge"poke", ataupun menghantar pesanan ringkas seperti:
"Hai, awak apa khabar? Macam mana hidup awak selepas saya tiada? Happy tak? Tidur malam awak kunci pintu tak? Saya risaulah. Saya harap awak bahagia."
Grrr.
Aku nasihatkan. Message seperti itu adalah TIDAK PERLU. Aku tak berani jamin, apa akan berlaku kalau gadis tercinta engkau terbaca message sebegitu rupa yang dihantar oleh lelaki tercintaiknya sendiri kepada "bekas"nya. What the heck. Untuk apa itu semua? Sigh.
Grr.
Kekasihku,
Satu pengetahuan yang harus engkau tahu. Kekasih dan bekas kekasih adalah dua perkara yang berbeza. Kalau engkau tak berapa nak fasih perbezaan antara kedua duanya, aku boleh sekolahkan engkau supaya engkau betul betul mahir mengenai kedua dua perkara itu sehingga mendapat A++, InsyaAllah. Sebagai seorang manusia normal, aku tak pernah lari dari perasaan hina yang dinamakan cemburu.
Fakta pertama mengatakan, semakin kita cemburu, semakin sayang kita kepada seseorang. #faktabukanauta
Fakta kedua mengatakan, pantang bagi seorang perempuan, beliau mempunyai saingan yang lain walaupun engkau dan gadis 'ketiga' itu hanya sekadar teman baik. Kawan sepejabat. Kawan biasa. Hatta kawan main lawan lawan pemadam sekalipun. Pantang. Aku cakap lagi sekali, pantang bhai. So, sila jangan buat. Sila jangan simpan. Sila jangan cari pasal.
"Sebenarnya siapa yang paling istimewa dalam hati engkau wahai lelaki? Akukah, atau dia yang cantik itu, atau dia yang mulut manis itu, ataupun dia teman baikmu?"
Aku bukan naif. Tetapi cuma sekadar bertanya soalan cepucemas kepada pihak lelaki.Lelaki, bila terlalu banyak sangat perempuan yang dikenalinya, maka, beliau akan keliru membuat pilihan. Benarkah?
Lelaki, sila jawab.
:)
Tetapi bagi seorang perempuan yang setia (yang tak setia tolak tepi), kalau di hati yang satu sudah mempunyai pemilik yang abadi, datanglah handsome bak Shah Rukh Khan sekalipun, apatah lagi gemuk dan buncit, si kaya seperti Bill Gates juga. Perasaan si Gadis kepada lelaki yang ingin dikahwininya tak akan goyah. Aiceh!"
Die mungkin cantik...kurus...dan serba-serbi sempurna...tapi cubalah bertimbang rase bila nak komen orang...Kite hidup kat dunia nie sementara..semua nie nikmat yang Allah beri..bila2 je DIA boleh tarik balik dari kita...takpela dia nak kutuk..nak kata aku macam2..tapi aku tetap tak marah dan tak berdendam ngn die...aku just nak ucap selamat menyambut ramadhan especially utk die dan semua kawan2 ku yang tersayang..I love uolls....
-emed-